♞Chess Puzzle

Asah taktik catur anda, satu puzzle sehari.

Chess Puzzle ialah laman latihan catur percuma dalam Bahasa Melayu. Selesaikan puzzle daripada game sebenar, analisis permainan anda sendiri dengan enjin Stockfish, berlawan dengan komputer, dan tanya Jurulatih AI kenapa sesuatu langkah itu baik atau buruk.

Tanpa akaun pun boleh - pilih nama samaran dan terus jawab puzzle.

5.8 jutapuzzle
7kategori
10tahap lawan AI
★ PUZZLE HARI INI
Lichess ezV5o
Hitam bergerak · Mate dalam 2 · Rating 835 · cari langkah terbaik →

Apa yang anda boleh buat

Semua fungsi asas percuma. Enjin Stockfish berjalan terus dalam pelayar anda.

♛

Jutaan puzzle bertema

Mat dalam 1, 2 dan 3, garpu, pin, buah tergantung, endgame dan banyak lagi - ditapis mengikut tema dan tahap kesukaran. Progress anda direkod.

🔍

Papan Analisis Stockfish

Susun mana-mana kedudukan atau tampal FEN, dan lihat tiga langkah terbaik enjin berserta penilaian dalam pion. Boleh juga imbas papan daripada gambar.

🤖

Lawan AI 10 tahap

Dari tahap pemula (kira-kira 1320 Elo) hingga kekuatan penuh enjin. Setiap game disimpan supaya anda boleh ulang kaji langkah demi langkah.

⬆

Analisis game anda (PGN)

Tampal PGN dari chess.com atau lichess. Setiap langkah ditanda Terbaik, Tidak tepat, Kesilapan atau Blunder, dengan graf penilaian dan ketepatan setiap pemain.

💬

Jurulatih AI Bahasa Melayu

Tanya soalan tentang kedudukan di papan - "kenapa langkah ini salah?" - dan dapat penerangan ringkas berdasarkan analisis Stockfish sebenar.

🎥

Video analisis game

Jana video game anda dengan papan 2D atau 3D, anak panah langkah terbaik dan komen, sesuai untuk dikongsi di media sosial atau kelas.

Cuba puzzle ini

Klik untuk mula. Cari langkah terbaik untuk pihak yang bergerak.

Lichess kV9P9
Hitam bergerak · Mate dalam 1 · Rating 664
Lichess kshpS
Hitam bergerak · Lichess (Lain) · Rating 2457
Lichess NOyHa
Putih bergerak · Lichess (Lain) · Rating 1691

Cara bermula

Tiga langkah, kurang dari seminit.

Pilih nama atau daftar

Main sebagai tetamu dengan nama samaran, atau daftar akaun percuma supaya progress boleh dibuka dari mana-mana peranti.

Selesaikan puzzle

Gerakkan buah di papan. Jika salah, cuba lagi atau minta petunjuk. Puzzle yang selesai ditanda dan disusun ke belakang.

Belajar dari kesilapan

Muat naik game anda sendiri, lihat di mana penilaian jatuh, dan tanya Jurulatih AI apa yang patut dimainkan.

5 tips menyelesaikan puzzle catur

Kebiasaan yang digunakan oleh pemain kuat setiap kali melihat sesuatu kedudukan.

  1. Mulakan dengan langkah paksa: semak semua skak, tangkapan dan ancaman (checks, captures, threats) sebelum langkah senyap. Kebanyakan puzzle bermula dengan salah satu daripadanya.
  2. Cari buah yang tidak dilindungi. Buah lawan yang tergantung atau hanya dilindungi sekali selalunya sasaran garpu atau serangan berganda.
  3. Lihat kedudukan raja. Raja yang terdedah, petak lari yang tersekat oleh buah sendiri, atau baris belakang yang lemah ialah tanda ada mat tersembunyi.
  4. Kira sehingga kedudukan tenang. Jangan berhenti selepas satu langkah - teruskan sehingga tiada lagi tangkapan atau skak, kemudian bandingkan bahan.
  5. Fikir dari sudut lawan. Selepas langkah anda, apakah balasan terbaik lawan? Puzzle yang betul tetap menang walaupun lawan bermain dengan sempurna.

Soalan lazim

Adakah Chess Puzzle percuma?

Ya. Puzzle, Papan Analisis, Lawan AI dan analisis Stockfish percuma tanpa had. Jurulatih AI dan komen AI ada had harian untuk pengguna percuma; pelan Premium memberi had yang lebih tinggi dan membantu menampung kos pelayan AI.

Perlu daftar akaun?

Tidak untuk puzzle - anda boleh main sebagai tetamu. Akaun percuma diperlukan untuk Papan Analisis, Lawan AI, Pustaka PGN dan Jurulatih AI, serta untuk menyimpan progress merentas peranti.

Dari mana datangnya puzzle?

Daripada game sebenar - koleksi mat dalam 2 dan 3 daripada game klasik dan kejohanan, serta puzzle daripada pangkalan data terbuka Lichess - disusun mengikut tema dalam Bahasa Melayu.

Adakah ada extension Chrome?

Ya. Extension Chess Puzzle membolehkan anda menganalisis game chess.com atau lichess terus di halaman itu, menampal PGN/FEN untuk dianalisis, dan mendapat peringatan puzzle harian.